Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Kibarlah Jalur Gemilang Di Hari Kemerdekaan Malaysia

Marilah Cikgu Kibarkan Megah Jalur Gemilang Di Hari Kemerdekaan Malaysia

Kita seharusnya perlu sentiasa ingat bahawa bendera kebangsaan ini (Jalur Gemilang) melambangkan kemakmuran dan keamanan negara ini. Sebagai rakyat malaysia terutamanya guru-guru Malaysia, kita berkongsi bendera kebangsaan yang sama iaitu Jalur Gemilang dan hidup makmur di dalam sebuah negara Malaysia.

Marilah semua cikgu dan murid mula mengibarkan Jalur Gemilang di sekolah dan di kelas atau dirumah sehingga menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia sebagai lambang semangat patriotik sebagai rakyat di negara ini. Semangat patriotik perlu ada dalam setiap diri rakyat di negara ini dan ianya sepatut ada secara sukarela dan bukannya secara paksaan. Akhir sekali, setiap rakyat juga tidak perlu teragak-agak untuk mengibarkan Jalur Gemilang iaitu lambang kemerdekaan negara ini sepanjang bulan menyambut Hari Kemerdekaan nanti. Marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu “Saya Anak Merdeka” semasa Hari Merdeka Malaysia.

Lagu Saya Anak Merdeka:

1957 bulan 8 kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang Inggeris, Kamikaze dan Portugis.

Saya anak merdeka (4x)

Sedikit masa harus diluangkan, fikirkan sebentar apa yang dijuangkan.
Adakah merdeka sekadar laungan, merdeka semuanya keluar gaungan.
Merdeka lebih dari tiga jeritan, merdeka bebas dari kesempitan.
Pemikiran, otak, akal, minda mungkin tiba masa definisinya dipindah.

Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri kita.
Walaupun cantik negeri orang, tentunya Malaysia cantik lagi.
Dari Perlis ke Kota Kinabalu rakyat bersatu dan maju,
bumi bertuan hasil melimpah siapa rajin hidup mewah.

Saya Anak Merdeka (4x)

Melayu, Cina, Iban, India, Kadazan, Portugis pun ada,
Semua kaya dengan budaya di bawah kibaran satu bendera.

Saya Anak Merdeka (2x)

Saya Anak Malaysia (4x)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 31, 2011 by in Perayaan and tagged , , , .
%d bloggers like this: