Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Program MINDA Sekolah

Merealisasikan Intipati New Deals Akademik (MINDA)

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA): Pendidikan mempunyai empat sub bidang yang diberi tumpuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar.

Tawaran Baru atau New Deals memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua/Guru Besar, PGB dengan menawarkan ganjaran menarik kepada mereka yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah. Sasaran kerajaan ialah memastikan dua peratus guru mendapat ganjaran pada 2011 seterusnya meningkat kepada empat peratus pada 2012. Ganjaran yang ditawarkan berupa ganjaran kewangan sebanyak RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi sasaran skor komposit (KPI) yang ditetapkan Kementerian.

Bagi memastikan sekolah tidak tercicir dalam kelompok penerima anugerah ini, satu program sokongan yang berupaya menggerak, memantau, membimbing, menyegar dan membugar semua aktiviti ke arah menjayakan kecemerlangan akademik perlu diwujudkan pada peringkat negeri. Satu pelan tindakan yang menyeluruh dan bersifat jangka panjang perlu diadakan supaya tindakan yang lebih sistematik dan bersepadu dapat dirangka dan dijayakan. Sebagai menzahirkan komitmen dan sokongan padu JPN kepada sekolah, untuk menjayakan bai`ah, satu program yang berupaya menyokong dan mengkoordinasi tindakan ke arah Merealisasikan Intipati New Deals Akademik (MINDA) diperkenalkan. Penerbitannya diharap mampu menjana dan meningkatkan inisiatif sekolah bagi menjayakan NKRA – New Deals dengan penuh bergaya.

Informasi daripada pelajaranperak.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 6, 2011 by in JPN and tagged , , .
%d bloggers like this: