Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Bersama Guru & Murid di Sekolah

Hari Kemerdekaan (31 Ogos 1957) dan Hari Malaysia (16 September 1963) merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua cikgu dan murid kerana hari ini merupakan detik pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Semua cikgu dan murid bersama dengan rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar dengan hati yang gembira sekali.

Hari Malaysia telah diiktirafkan sebagai hari cuti umum kebangsaan oleh kerajaan dengan hasrat supaya semua rakyat Malaysia dapat menunjukkan semangat nasionalisme dan sentimen positif pada hari 31 Ogos dan juga hari 16 September setiap tahun. Pada tahun ini, Sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur mulai jam 8:00 pagi hari Jumaat dengan temanya “1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”. Semua rakyat Malaysia terutamanya guru-guru dan murid-murid dialu-alukan untuk menyaksikan perbarisan di situ sebagai satu pembelajaran yang baik untuk mengingati jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang demi Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan sehinggalah ke Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan ini sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas kepada setiap rakyat negara ini yang kedudukan semua negeri di Malaysia adalah sama. Sabah, Sarawak mahupun negeri-negeri di Semananjung Malaysia sama-sama membentuk Malaysia dan kekuatan atau kelemahan “Malaysia” terletak pada semua rakyat tanpa mengira di mana dia berasal atau sedang bermastautin. Sebab itulah, sikap toleransi antara satu sama lain perlu ada dan kutuk-mengutuk atau kata-kata penghinaan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat negeri lain perlu dielakkan supaya semangat 1Malaysia sentiasa terpelihara. Akhir sekali, jangan lupa mengkibarkan Jalur Gemilang Malaysia di rumah, di pejabat dan di sekolah. Selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti.

Disini Admin Cikgublog ingin berkongsikan 10 cara untuk menyambut Hari Malaysia bersama keluarga:

  1. Pergi menyaksikan perbarisan Hari Malaysia di Dataran Merdeka.
  2. Memberitahu sejarah pembentukan Hari Malaysia kepada anak anda.
  3. Menonton wayang bersejarah yang bertemakan perjuangan Hari Malaysia.
  4. Membeli bendera Jalur Gemilang untuk anak anda.
  5. Mengajar anak anda melukis dan mewarnakan bendera Malaysia.
  6. Membawa keluraga anda ke tempat bersejarah seperti Stadium Merdeka.
  7. Menyanyikan lagu Hari Malaysia bersama ahli keluarga.
  8. Bertanyakan khabar dengan salam 1 Malaysia bersama ahli keluarga.
  9. Kalau dapat cari, beri baju yang bertemakan Hari 1Malaysia kepada anak.
  10. Ahkir sekali, menjerit 3 kali “MALAYSIA! MALAYSIA! MALAYSIA!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 7, 2011 by in Perayaan and tagged , , , .
%d bloggers like this: