Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Program Train The Teachers

Train The Teachers: Didik Pelajar Urus Kewangan

Program baru “Train The Teachers” dengan kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan KPM bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah supaya dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih bijaksana. Melalui program ini, guru sekolah yang terpilih akan menghadiri satu kursus khas tentang cara mendidik pelajar mengurus perbelanjaan dengan sumber yang terhad.

Admin mempunyai pengalaman bahawa ada murid di sekolah yang pernah membawa duit perbelanjaan melebihi RM10 dan kadang-kadang mencecah RM20 sehari disebabkan ingin membeli alat-alat tulisan dan juga untuk membelanjakan kawan-kawan yang rapat dengan dia supaya dapat menjalin hubungan yang lebih baik dengan mereka.

Jika kita sebagai guru masih tidak mangajar pelajar di sekolah dengan baik tentang cara mengurus wang mereka, maka mereka akan menguruskan wang perbelanjaan itu dengan cara sendiri dan perkara ini memberi risiko yang tinggi untuk ditipu oleh kawan-kawan mereka atau orang lain diluar kawasan sekolah. Maka guru yang telah menghadiri Program ‘Train The Teachers’ akan memberi kesedaran kepada mereka untuk menguruskan perbelanjaan dengan sumber terhad dan pelajar-pelajar turut didedahkan mengenai kebaikan menabung.

Jelasnya, pelajar-pelajar turut didedahkan tentang risiko yang akan ditanggung dan bagaimana mereka dapat mengelak daripada gejala-gejala yang tidak baik dan tidak berfaedah seperti skim-skim penipuan. Maka dengan wujudnya program ini, seramai 100 guru akan diberi latihan pada setiap tahun mengenai kaedah pengajaran tentang belanjawan dan kewangan yang baik untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 17, 2011 by in Berita, Pelajar, Program and tagged , , .
%d bloggers like this: