Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Peperiksaan PMR 2011

Ujian Penilaian Menengah Rendah 2011

Peperiksaan bertulis PMR 2011 akan berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan  11 Oktober 2011. Seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PMR  pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 35,190 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Bantuan Penuh (Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)
448,738
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM (cth: MRSM)
5,343
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
10,578
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
14,061
5.
Calon Persendirian
647
6.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
1,780
            Jumlah Besar
481,147
 Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lpm. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.
Admin Cikgublog ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan PMR Tahun 2011. Kalau cikgu ada tips-tips tentang kertas ujian PMR silalah berkongsi di sini supaya anak cikgu atau pelajar-pelajar sekolah dapat bersiap lebih awal dan dapat meningkatkan keyakinan diri semasa menduduki ujian PMR. (Jangan lupa, persediaan awal amat dititikberatkan dan bukan hanya menunggu tips pada saat-saat akhir ujian.) Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 29, 2011 by in Peperiksaan and tagged , , , , .
%d bloggers like this: