Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Vitamin 1Malaysia Untuk Murid Sekolah

Pengagihan Multi Vitamin 1Malaysia Kepada Murid-murid Sekolah Rendah

Berita baik kepada semua sekolah rendah yang terlibat dalam Program RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Diberitahu bahawa sekolah-sekolah ini akan menerima Multi Vitamin 1Malaysia daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara percuma bermula bulan Oktober 2011. Dalam program ini, lebih daripada lima ratus ribu murid sekolah rendah akan mendapat manfaat secara langsung.

Program Vitamin 1Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan terhadap murid-murid sekolah  untuk meningkatkankecemerlangan melalui amalan pemakanan sihat serta pengambilan vitamin yang mencukupi. Program pemberian Vitamin ini akan diberi selama 2 tahun mulai Oktober ini.

Program Pemberian Multi Vitamin 1Malaysia secara percuma kepada murid-murid sekolah rendah memang diperlukan memandangkan murid-murid hari ini lebih cenderung mamakan makanan yang kurang berkhasiat dan ini akan menjejaskan kesihatan mereka dalam masa panjang. Dengan vitamin ini, murid-murid akan dapat megimbangkan kesihatan badan dalam bentuk fizikal dan mental. Ini penting kerana mereka adalah masa depan negara kita. Admin berharap program ini bukan hanya dipantau oleh guru sekolah sahaja, malah pegawai dari PPD atau JPN perlulah sentiasa memantau program ini di sekolah supaya program yang dianjurkan oleh kerajaan dapat berjalan dengan langcar. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 1, 2011 by in Berita, Pelajar and tagged , , , , .
%d bloggers like this: