Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Syarat GSTT Mohon PPSIMP DPLI KPLI

Penapisan Guru Sandaran Untuk Permohonan Ke Kursus Perguruan PPSIMP, DPLI & KPLI

Bahagian Pendidikan Guru dalam Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam proses menapiskan segelintir Guru Sandaran Tidak Terlatih yang tidak memenuhi syarat untuk memohon masuk ke kursus perguruan yang ditawarkan oleh KPM. Mereka tidak dapat diserap masuk ke dalam kursus perguruan sepenuh masa dan kemungkinan juga kontrak mereka untuk mengajar sebagai GSTT di sekolah juga akan diberhentikan.

Dalam permohonan ke kursus perguruan, guru sandaran yang dipilih tidak boleh terlibat dalam perkara seperti yang berikut:

1. Pemohon telah menandatangani sebarang kontrak dengan agensi kerajaan dan sedang dalam kursus.

2. Pemohon telah mempunyai sijil perguruan atau diploma pendidikan dari Universiti tempatan atau luar negara.

3. Pemohon pernah terlibat atau sedang dalam tindakan disiplin.

4. Pemohon pernah meletakkan jawatan sebagai seorang pegawai kerajaan.

5. Pemohon pernah diambil tindakan atas ISA.

6. Pemohon pernah terlibat dalam penggunaan dadah atau salah guna dadah.

7. Pemohon tidak boleh melebihi umur 30 untuk PPSIMP atau 35 untuk KPLI/DPLI pada tarikh 31 Disember 2011.

Jikalau guru sandaran memberi maklumat yang palsu semasa memohon ke kursus perguruan ini, bahagian kursus perguruan KPM berhak menarik balik tempat mereka dan diberi kepada calon yang lain. Guru sandaran yang telah berjaya memohon ke salah satu kursus perguruan yang ditawarkan untuk mereka perlulah bersiap sedia bila-bila masa kerana mereka akan dihantar ke mana-mana IPTA di seluruh negara. Dan selepas mereka tamat pengajian di Institut Perguruan, mereka juga perlu terima hakikat bahawa KPM akan menghantar mereka ke mana-mana sekolah di Malaysia. Sekian.

One comment on “Syarat GSTT Mohon PPSIMP DPLI KPLI

  1. sue47636
    October 10, 2011

    Assalamualaikum…admin….bila kah result semakan gstt nie akan keluar yea?thanks…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 3, 2011 by in Guru Sandaran, Kursus and tagged , , , , .
%d bloggers like this: