Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Bajet 2012 Untuk Kakitangan Awam

Bajet 2012 Ada Berita Baik Untuk Kakitangan Awam

Bajet 2012 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober 2011 Jumaat ini akan memberi satu impak yang besar bukan sahaja kepada kakitangan awam tetapi untuk semua rakyat Malaysia juga. Difahamkan bahawa Bajet 2012 dapat menangani kenaikan kos sara hidup dan pada masa yang sama menjamin keselesaan kehidupan rakyat.

Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan atau satu bulan setengah untuk kakitangan awam yang mungkin akan dibayar pada akhir tahun ini untuk membantu keluarga menampunag kos anak-anak ke sekolah pada tahun 2012. Satu kemungkinan lagi ialah kenaikkan gaji dari 10 hingga 25 peratus berpandukan gred gaji masing-masing.

Empat tuntutan yang telah dikemukakan secara rasmi oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Perdana Menteri kemungkinan bersar akan ditunaikan oleh kerajaan. Emapt tuntutan itu ialah, bonus dua bulan gaji, semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Admin percaya bahawa 70 peratus tuntutan yang dibuat dapat ditunaikan oleh kerajaan demi faedah kepada 1.2 juta penjawat awam. Namun kesemuanya masih tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan dan prestasi kakitangan awam. Kita semua berharap bahawa Bajet 2012 ini memang akan membantu semua lapisan masyarakat demi mencapai kesejahteraan hidup yang lebih bermutu. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 4, 2011 by in Berita and tagged , .
%d bloggers like this: