Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Belanjawan 2012 Untuk Guru Dan Murid

Belanjawan Malaysia 2012 Baik Untuk Guru, Ibu Bapa, Murid dan Sekolah.

Tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana Belanjawan 2012 memang dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya guru dan murid. Satu berita baik yang memang ditunggu-tunggukan oleh penjawat awam dan juga semua rakyat Malaysia. Bagi guru, admin rasa belanjawan kali ini memang datang tepat pada masanya. Guru bukan hanya dapat menikmati bonus setengah bulan atau sekuruang-kurangnya RM500 di hujung tahun ini, malah guru juga akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM80 sehingga RM320 bergantung kepada gred pangkat masing-masing. Ini seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi guru di sekolah memandangkan guru-guru kadang-kadang terpaksa menjalankan tugas di luar waktu sekolah dan mereka tidak dibayar duit tambahan. Contohnya memberi latihan sukan kepada murid pada waktu petang, memberi kelas tambahan secara percuma kepada murid yang kurang mampu di sekolah, menghadiri mesyuart selepas waktu mengajar di luar sekolah dan membawa murid ke pertandingan atau perkhemahan. Duit ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru dari segi perbelanjaan dan juga menampung sedikit kos kehidupan yang semakin meningkat.

Bagi murid pula, semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah akan mendapat duit tambahan sebanyak RM100 untuk menampung duit perbelanjaan untuk memberi buku atau peralatan sekolah. Ada juga belanjawan untuk sekolah yang agak kekurangan dari segi infrastruktur atau bangunan sekolah yang sudah usang akan diberi keutamaan untuk dibaik pulih atau dinaik taraf lagi. Tahun hadapan, Ibu bapa juga tidak perlu lagi sakit kepala memikirkan duit bayaran untuk pendaftaran anak di sekolah kerana kerajaan dengan pertama kali mengumumkan bahawa semua murid tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk daftar diri di sekolah semasa pembukaan hari persekolahan 2012. Maka admin rasa Belanjawan 2012 ini memang dapat membantu semua lapisan masyarakat terutamnya guru, murid dan ibu bapa. Kita seharusnya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan gunalah duit yang diberi itu dengan lebih cermat. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 8, 2011 by in Berita and tagged , , .
%d bloggers like this: