Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Syarat Murid SJK Ke Tingkatan 1

Murid SJK Cina dan Tamil Boleh Terus Ke Tingkatan 1

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang memperolehi sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) di Tahap Dua boleh memasuki tingkatan satu tanpa melalui kelas peralihan. Syarat kedua ialah murid-murid itu juga perlu mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan sebelum melayakkan mereka terus memperoleh pendidikan menengah.

Sebelum ini, Akta Pendidikan 1961 meletakkan semua murid SJK Cina dan Tamil dikehendaki mengikuti kelas peralihan selama satu tahun sebelum boleh memasuki sekolah menengah. Tetapi sekarang dengan adanya pindaan terhadap akta ini, kemasukan murid-murid SJKC  dan SJKT ke Sekolah Menengah Kebangsaan tanpa perlu melalui Kelas Peralihan lagi bagi Sesi Persekolahan 2012. Ini adalah satu berita yang baik kepada ibu bapa terutamanya mereka yang mempunyai anak yang mendapat keputusan yang sederhana sahaja dalam peperiksaan UPSR.

Manakala bagi murid yang gagal dalam peperiksaan UPSR, mereka mungkin juga akan dibenarkan terus ke tingkatan satu dengan syarat mereka perlu diberi perhatian dan pengajian rapi oleh guru di sekolah menengah. Sebenarnya kelas peralihan merupakan satu rancangan khusus di sekolah menengah yang berfungsi sebagai perantaraan untuk melicinkan proses peralihan bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa kebangsaan di sekolah menengah. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid dari SJK untuk menguasai Bahasa Malaysia dengan baik sebagai persediaan mengikuti pendidikan di sekolah menengah. Harapan dengan pemansuhan kelas peralihan, murid-murid boleh menjimatkan masa setahun ini untuk belajar subjek yang mereka sukai dan seterusnya membantu mereka dalam pemilihan bidang pengkhususan dalam SPM dan Diploma. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 16, 2011 by in Berita, Pelajar, Sekolah and tagged , , , , , , .
%d bloggers like this: