Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Pendidikan Asas Vokasional PAV

Pelaksanaan Projek Rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Di Sekolah Menengah Terpilih

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional yang bertujuan untuk mempertingkatkan enrolmen pelajar airan vokasional dan kemahiran di negara ini. Sasaran peningkatan enrolmenpelajar vokasional dan kemahiran yang ditetapkan oleh KPM adalah 10% pada tahun 2015 dan 20% pada tahun 2020.

Salah satu daripada tindakan yang digariskan dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional ialah mewujudkan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV). PAV ialah pendidikan dan latihan vokasional yang dikendalikan sebagai satu aliran pendidikan dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. PAV melaksanakan Kurikulum Program Pendidikan Asas Vokasional yang menjurus kepada pembinaan jati diri, pengembangan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional pada aras Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2.

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pendidikan Vokasional (JTPV) pada 15 Julai 2011 telah memutuskan untuk melaksanakan projekrintis PAV pada tahun 2012. Kertas cadangan tersebut dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Profesional KPM pada 4 Ogos 2011. Projek rintis PAV akan melibatkan 15 buah SMK yang terpilih bagi setiap negeri.

Tujuan perlaksanaan ini adalah untuk mengkaji permasalahan yang mungkin timbul apabila ianya dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013. Antara perkara-perkara yang akan dikaji ialah dari segi kurikulum, sistem pengajian, pentaksiran, urus tadbir, keperluan guru dan kakitangan, pengambilan murid serta jerayawara. Pelaksanaan projek rintis adalah menjadi tanggungjawabsemua pihak bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah yang berkenaan.

Senarai SMK Untuk Projek Rintis Pendidikan Asas Vokasional:
1. SMK Arau (Perlis): Kursus Pakaian dan Jahitan
2. SMK Simpang Kuala (Kedah): Kursus Membuat Perabot
3. SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad (Penang): Kursus Menservis Motosikal
4. SMK Trolak Selatan (Perak): Kursus Automatif
5. SMK Sungai Rawang (Selangor): Kursus Tanaman
6. SMK Dato’ Sedia Raja (N.Sembilan): Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara
7. SMK Seri Pengkalan (Melaka): Kursus Pakaian dan Jahitan
8. SMK Datok Menteri Batu Pahat (Johor): Kursus Membuat Perabot
9. SMK Bukit Goh (Pahang): Kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan
10.SMK Saujana (Terengganu): Kursus Akuakultur
11.SMK Kubang Kerian2 (Kelantan): Kursus Penyediaan Makanan
12.SMK Beaufort (Sabah): Kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan
13.SMK Belaga (Sarawak): Kursus Pendawaian Elektrik
14.SMK Setiawangsa (Kuala Lumpur): Kursus Hiasan Dalaman
15.SMK Taman Perumahan Bedaun (WP Labuan): Kursus Visual dan Animasi

One comment on “Pendidikan Asas Vokasional PAV

  1. Julia
    July 23, 2015

    Assalamualaikum, boleh sy tnye, sy mpunyai ank d tgkatan 1,pemasalahan sy, ank sy memang x minat nk belajar.. Pg sek kdg2 x pg.. Tp sy perasan die minat dlm kemahiran.. Suke mbaik pulih, skrg yg merisaukn sy, die dh dbehentikn sek krane selalu tdk hdir, sbgai ibu sy sgt risau akn mse dpn die.. Ade pluang kah ank, tuk sy masuk kn ke Pndidikan Asas Vokay(PAV) ini.. Sekurang2 nye wlupon lemah dlm akedemik, tp masih ade pluang dlm kmahiran.. Tlg bntu sy.. Sy amt risau..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on October 30, 2011 by in Sekolah and tagged , , .
%d bloggers like this: