Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012

Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.

Objektif bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.

Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.

Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi murid tahun 1). Manakala jika berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012.

Admin berharap Progra Bantuan Khas Awal Persekolahan yang berjumlah RM100 memang dapat meringankan bebanan ibubapa pada tahun persekolahan 2012. Gunalah duit ini dengan bijaksana. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: