Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Berikutan Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Selaras dengan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 1 Januari 2012, pegawai perlu melalui Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) dan melepasi tahap yang ditetapkan sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.

Pegawai yang kenaikan pangkatnya secara time-based dan layak dinaikkan pangkat sebelum SBPA serta pegawai yang memangku sebelum pelaksanaan SBPA, pegawai dikecualikan daripada PROSPEK bagi urusan kenaikan pangkat yang berkenaan. Penetapan tarikh kenaikan pangkat pegawai adalah ditetapkan mulai tarikh memangku atau tarikh lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) atau pada 1 Januari 2011 (bagi yang tidak melepasi PTK), mana yang terkemudian atau tarikh lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang berkuat kuasa.

Pegawai yang dinaikkan pangkat mengikut perenggan 3 di atas dan menerima opsyen SBPA, gred dan gaji kenaikan pangkat hendaklah diselaraskan ke gred dan gaji di bawah SBPA yang setara. Manakala pegawai yang tidak menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal di gred dan gaji kenaikan pangkat di bawah sistem saraan yang ia berada sebelum SBPA.

Pegawai yang telah diluluskan sebagai calon simpanan dan pegawai yang diluluskan pemangkuan tetapi belum ditempatkan atau belum melapor diri ke jawatan kenaikan pangkat, tempoh sah kelulusan ini adalah sehingga 31 Disember 2011. Selepas tarikh tersebut, pegawai boleh dipertimbangkan semula untuk pemangkuan/kenaikan pangkat mengikut syarat kenaikan pangkat di bawah SBPA.

Keputusan ini adalah terpakai untuk urusan kenaikan pangkat yang dilaksanakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 2010. Keputusan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk penerimaan pihak berkuasa masing-masing.

Keputusan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on December 27, 2011 by in Skim Gaji Guru and tagged , .
%d bloggers like this: