Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 2012

PANDUAN DAN SYARAT PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) 2012

1. Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang memenuhi syarat generik pencalonan SKK dipelawa untuk memohon serta mengisi Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 2012 serta menyediakan Folio Pencalonan. Maklumat serta Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 2012 boleh dimuat turun menerusi laman web KPM.

2. Satu (1) salinan Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012 yang lengkap bersama satu (1) salinan Folio Pencalonan perlu dihantar ke JABATAN PELAJARAN NEGERI pada atau sebelum 29 FEBRUARI 2012 bagi SEKOLAH RENDAH; manakala bagi SEKOLAH MENENGAH adalah pada 30 APRIL 2012.

3. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan semua dokumen yang berkaitan dengan maklumat yang diberi dalam Borang Pencalonan SKK 2012 dan Folio Pencalonan untuk memudahkan urusan verifikasi dan penilaian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

4. Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 2012 serta Folio Pencalonan yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan pencalonan serta proses verifikasi dan penilaian oleh JNJK.

5. Pihak sekolah perlu menyimpan satu (1) salinan Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012 serta Folio Pencalonan untuk tujuan verifikasi dan penilaian (JNJK) sekiranya berjaya dalam tapisan pencalonan.

6. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pencalonan ini, sila berhubung dengan pihak Urus Setia berikut:
a. Encik Addenan bin Osman (03-8321 7406)
b. Cik Zaiton binti Abd. Hamid (03-8321 7427)
c. Cik Rohaida binti Abdul Manap (03-8321 7428)
atau Pegawai Penyelaras SKK di Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 20, 2012 by in Berita and tagged , .
%d bloggers like this: