Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)

Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS (SPPBS) dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBD serta menjana pelaporan apabila diperlukan. SPPBS dibangunkan dengan persekitaran teknologi web-based.

Penjaminan Kualiti:
Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Gambar di bawah menunjukkan proses penjaminan kualiti.

Konsepa PBS:
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Kaedah Pelaksanaan PBS:
Pentaksiran Rujukan Standard Prestasi
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on January 30, 2012 by in PBS, Program and tagged , , .
%d bloggers like this: