Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Aplikasi Pangkalan Data Murid

Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pangkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga. Pelaksanaan Pangkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pangkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.

Bagi tujuan ini, disertakan panduan am penggunaan aplikasi seperti dibawah, manakala manual panduan pengguna serta dokumen berkaitan pengemaskinian data profil bolehlah dimuat turun pada laman aplikasi. Semua data murid ini perlu dikemaskini selewat-lewatnya pada 24 Februari 2012. Kerjasama sekolah juga dipohon untuk terus mengemaskini enrolmen dan maklumat guru dalam EMIS Online sehingga diberitahu kelak.

Panduan Am Mengisi Aplikasi:
1. Pihak sekolah hendaklah melantik seorang pentadbir aplikasi yang dipilih dari kalangan pengurusan sekolah.
2. Pentadbir berperanan menguruskan “Login” bagi setiap pengguna di sekolah.
3. Alamat aplikasi ialah http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
4. Setelah memasuki aplikasi paparan meminta “Login” akan dipaparkan. Sela masukkan Nama Pengguna dan Katalaluan seperti di bawah:

5. Setelah memasuki aplikasi, sila muat turun panduan pengguna untuk membuat “Login” bagi guru kelas bagi tujuan mengemaskinian Profile Murid. Rujuk rajah di bawah.

6. Pentadbir Aplikasi Sekolah (administrator) dikehendaki mendaftar Nama Kelas dan Guru Kelas terlebih dahulu supaya Guru Kelas boleh membuat pengemaskinian. Ini disebabkan hanya pengguna yang log masuk sebagai Guru Kelas sahaja boleh membuat pengemaskinian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 12, 2012 by in Berita and tagged .
%d bloggers like this: