Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Peranan Guru Adalah Seperti Transformers

Seorang guru dari sekolah admin mendapat artikel ini dari Internet, beliau berkongsi dengan saya tentang peranan guru hari ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru adalah pelbagai dan masa yang diberi mungkin tidak mencukupi untuk menjalankan beberapa tugas pada satu masa yang singkat. Memang ramai yang fikir bahawa kerja cikgu ini senang…jer , kerja sikit, cuti banyak dan sekarang gaji pun sudah tinggi. Maka admin ingin menjelaskan sedikit tentang peranan guru pada hari ini.

Hanya orang yang tak tahu menilai profession perguruan sahaja yang berkata demikian. Kerja cikgu ini bukannya mudah seperti yang di gembar-gemburkan. Biar kita baca artikel ini dan nilailah sendiri apakah tugas sebenar seorang guru.

Masa pertandingan bola… cikgu jadi REFEREE
Masa murid bertandingan… cikgu jadi JURULATIH
Masa aktiviti KH… cikgu jadi PETANI
Masa kutip yuran… cikgu jadi AKAUNTAN
Masa RMT… cikgu jadi PELAYAN
Masa murid sakit… cikgu jadi DOKTOR
Masa ceramah… cikgu jadi MOTIVATOR
Masa hias kelas… cikgu jadi PELUKIS SENI
Masa persembahan… cikgu jadi KOMPOSER
Masa meja kerusi rosak… cikgu jadi TUKANG KAYU
Masa murid muntah/berak… cikgu jadi TUKANG CUCI
Masa murid mencuri… cikgu jadi DETEKTIF
Masa murid bergaduh… cikgu jadi POLIS
Masa aktiviti sekolah… cikgu jadi JURUGAMBAR
Masa perkhemahan… cikgu jadi TENTERA
Masa hari kantin… cikgu jadi PENIAGA
Masa hari guru… cikgu jadi PENYANYI
Masa gotong-royong… cikgu jadi TUKANG KEBUN
Masa masuk waktu solat… cikgu jadi TOK IMAM
Masa ibubapa datang lambat… cikgu jadi BABY SITTER
Masa murid sakit kecemasan… cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Masa jogathon/merentas desa… cikgu jadi POLIS TRAFIK
Masa murid menangis/sedih… cikgu jadi PELAWAK
Masa peperiksan/ujian… cikgu jadi PEYEMAK
Masa perhimpunan… cikgu jadi JURUACARA
Masa murid tak bawa duit/bekalan… cikgu jadi BANKER

#Fahamkan pekerjaan sebagai seorang guru? Dialah segala-galanya !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 18, 2012 by in Bebanan Guru, Peranan Guru and tagged , , .
%d bloggers like this: