Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Sistem Pengoperasian Data e-Operasi

Kemaskini Data e-Operasi 2012 Dan Tanggungjawab Setiap Pegawai

Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Penempatan dan Penempatan Pertukaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama Pegawai Data PPD Negeri Perak telah berlangsung pada 27 Februari 2012 di Hotel Heritage, Ipoh.

Melalui mesyuarat tersebut wakil BPSH telah menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan setiap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di dalam melaksanakan proses kemaskini Sistem Pengoperasian Data (e-Operasi) 2012 yang merupakan sebahagian daripada SISTEM MAKLUMAT GURU (aplikasi yang digabungkan: e-Operasi, e-GTukar, ABM SM1, ABM SR1, e-Pangkat dan e-Tatatertib) yang bakal diimplementasikan sepenuhnya mulai Tahun 2013. Sehubungan itu, diingatkan bahawa mulai Tahun 2012, e-Operasi bukan lagi berperanan sebagai data asas Pertukaran Secara Atas Talian (e-GTukar) semata-mata.

Sila maklum bahawa melalui pelaksanaan e-Operasi dan lain-lain aplikasi di bawah SISTEM MAKLUMAT GURU ini, GURU DATA TIDAK LAGI BERPERAAN atau BERTANGGUNGJAWAB ke atas pengemaskinian data aplikasi ini. SEMUA GURU ADALAH BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DATANYA SENDIRI. Oleh itu, semua guru wajib mendaftar masuk dan mengemaskini data masing-masing (ada data sensitif yang tidak boleh dikemaskinikan sendiri dan memerlukan tindakan kemaskini Pengetua.

Adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan kepada PK1 dan Pengetua yang menyerahkan kepada Guru Data atau lain-lain pihak yang tidak berkenaan untuk urusan kemaskini dan pengesahan data. PK1 dan Pengetua akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kejadian manipulasi data oleh guru di bawah selian masing-masing.

Adalah diingatkan bahawa semua Login ID dan Katalaluan adalah Rahsia masing-masing dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain, terutamanya LoginID dan Katalaluan PK1/Pengetua. Sila guna LoginID yang sesuai sewaktu mendaftar kali pertama kerana LoginID ini kekal dan tidak boleh dipinda selagi berkhidmat di bawah KPM walaupun berpindah ke sekolah lain atau berlaku kenaikan pangkat.

Sila maklumkan perkara berkaitan tanggungjawabsetiap guru untuk menyemak dan mengemaskini data e-Operasi ini kepada semua guru di bawah seliaan tuan. Tempoh kemaskini data adalah mulai 01 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012. Aplikasi e-Operasi ini boleh diakses melalui http://aps.moe.gov.my/eoperasi atau http://apps.moe.gov.my/epgo  Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on February 29, 2012 by in Bebanan Guru, Berita and tagged , .
%d bloggers like this: