Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Pertukaran Guru e-GTukar Sesi Jun 2012

PERMOHONAN PERTUKARAN MELALUI E-GTUKAR SESI JUN 2012

1.0 Perkara berkenaan permohonan pertukaran guru melalui sistem e-GTukar adalah dirujuk seperti di bawah:
2.0 Sukacita diingatkan kepada semua pemohon bahawa:
2.1 Permohonan Pertukaran Guru sesi Jun 2012 dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2012.
2.2 Semua permohonan mestilah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar.
2.3 Pengetua /Guru Besar mesti membuat Pengesahan setiap permohonan pertukaran guru sebelum 2 Mei 2012. Permohonan pertukaran tanpa pengesahan Pengetua / Guru Besar tidak akan diproses.
2.4 Permohonan Pertukaran secara online boleh dibuat melalui Laman Web e-GTukar http://apps.moe.gov.my/epgo/
2.5 Pemohon boleh mendapatkan panduan mengisi borang secara online di sini.
Sekian, terima kasih.

* Sila guna LoginID dan Katalaluan yang sama untuk e-Operasi

3. Untuk makluman, permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time based), DG44 (KUP time based), dan DG48 (KUP time based) SAHAJA atau gred-gred yang setara dalam SBPA serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KP/KPPM/5(11) bertarikh 10 Mac 2010. Permohonan pertukaran bagi gred yang lain hendaklah melalui sekolah ke JPN / Bahagian yang berkenaan untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

4.0 Permohonan pertukaran guru bagi Jun 2012 adalah khusus untuk kes-kes seperti berikut:
4.1 Mengikut suami / isteri yang telah berada di negeri yang dipohon.
4.2 Ancaman keselamatan (sertakan laporan siasatan polis).
4.3 Kes sesihatan yang kronik bagi pemohon (sertakan laporan kesihatan daripada doktor pakar kerajaan).

(Bagi kes 4.2 dan 4.3, sila serahkan laporan siasatan polis atau laporan kesihatan kepada JPN)

5. Oleh kerana pelaksanaan permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah adalah sepenuhnya secara on-line, maka kerjasama pihak sekolah amat diharapkan untuk memastikan maklumat guru dikemaskini melalui laman web http://apps.moe.gov.my/eoperasi atau http://apps.moe.gov.my/epgo selewat-lewatnya pada 30 Mac 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 2, 2012 by in Berita Guru and tagged , .
%d bloggers like this: