Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnyadengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:

1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.

Amalan Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaanya, sekolah hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee

Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah merancang strategi pelaksanaanya di peringkat sekolah masing-masing. Aktiviti ‘Mengalu-alukan Kehadiran Murid‘ dan aktiviti ‘Memberi Penghargaa Kepada Murid‘ hendaklah bermula pada bulan Mac 2012. Manakala bagi program ‘Mentor Mentee‘, pelaksanaanya hendaklah dimulakan pada bulan Mei 2012.

Leave a comment

Information

This entry was posted on February 23, 2012 by in Berita, Informasi Pendidikan and tagged , , .